28
Oct
09

Tentang Tauge

Tauge atau kecambah ialah biji kacang hijau yang sudah bertunas. Ia boleh ditunaskan dengan merendam kacang hijau 200px-yosritaugehdi dalam air, menyalirkan air tersebut, dan kemudian membilasnya pada jarak waktu yang tetap sehingga kacang-kacang tersebut bercambah dan bertunas.
Tauge biasanya dijadikan bahan makanan.

.

Maklumat pemakanan
Tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein, dan fitokimia kerana kesemua ini amat diperlukan oleh tumbuhan yang bercambah untuk bertumbuh. Tauge juga kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

.
Para penyokong diet makanan mentah mempromosikan tauge sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan nilai nutrien dan kebolehcernaan. Sebenarnya tauge dan kecambah-kecambah yang lain merupakan makanan yang paling padat nutriennya di dunia — kepadatan nutrien merujuk kepada jumlah nutrien per kalori.

.

Inilah alasannya mengapa banyak orang yang makan diet kalori rendah menjadikan tauge dan kecambahan-kecambahan lain sebagai bahan utama dalam diet mereka, khususnya apabila dicampurkan untuk memudahkan pencernaan.
 .
Penunasan
Lembapan, kehangatan, dan seringnya cahaya matahari yang tidak langsung diperlukan untuk penunasan. Tidak banyak masa, usaha, atau ruang yang diperlukan untuk menumbuhkan tauge.

.
Untuk menunaskan kacang hijau, kacang-kacang tersebut dibasahkan dan kemudian ditinggalkan pada suhu bilik dalam sebuah bekas. Banyak jenis bekas yang boleh digunakan, asalkan ia membenarkan penyaliran air kerana tauge yang direndam di dalam air reput dengan cepat. Kacang-kacang hijau akan menggembung dan mula bercambah dalam sehari atau dua.

.

Tauge dibilas antara dua hingga empat kali sehari (bergantung kepada suhu) untuk mencegahnya menjadi masam. Selepas tiga hingga lima hari, tauge akan mencapai dua atau tiga inci panjangnya dan sesuai untuk dimakan. Proses pertumbuhan boleh dilambatkan atau dihentikan dengan menyejukkkannya sehingga diperlukan.
.
Punca-punca biasa mengapa sesetengah tauge tidak boleh dimakan adalah seperti yang berikut:

  • Kacang hijau dibenarkan menjadi kering
  • Kacang hijau ditinggalkan merendam di dalam air
  • Suhu terlalu tinggi atau rendah
  • Pembilasan yang tidak mencukupi
  • Aliran udara yang tidak mencukupi
  • Kelengkapan yang kotor.

.
Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan mudah dengan menggunakan bekas penunasan yang automatik untuk melembapkan kecambah-kecambah dan menyalirkan air pada jarak waktu yang tetap.

.
Kacang-kacang hijau yang ditunaskan dalam kegelapan adalah lebih garing dan putih, tetapi ia mengandungi kandungan pemakanan yang kurang, berbanding dengan kacang-kacang yang ditunaskan dalam separa cahaya matahari.

Cahaya matahari penuh tidak disyorkan kerana ia akan mengakibatkan kacang-kacang hijau terlalu panas atau kering. Mengenakan tekanan pada tauge, umpamanya dengan meletakkan barang-barang yang berat di atasnya di dalam bekas penunasan akan menghasilkan tauge-tauge yang lebih besar dan lebih garing. -wikipedia 


0 Responses to “Tentang Tauge”



  1. Leave a Comment

Leave a comment


Flickr Photos

Blog Stats

  • 20,188 hits